Labels

Tips Mencari Bilik Sewa

Anda sedang mencari bilik sewa?

Pernah membaca kisah-kisah menakutkan tentang bilik atau pun rumah sewa dari internet, facebook atau forum? Jangan takut lagi. Dengan beberapa cara yang betul dan tepat untuk anda memilih tempat tinggal sementara anda, anda mampu mengelak dari mengalami perkara yang sama seperti yang lain.

Selain dari melayari laman web seperti mudah.my , ibilik.com ataupun iproperty.com.my , anda perlukan tips untuk mencari bilik sewa untuk memudahkan anda di kemudian hari.


lets go!

5 Tips Mencari Bilik Sewa


1. Pastikan Lokasi Bilik Sewa Itu Sesuai

-cari tempat yang memudahkan anda untuk ke tempat kerja atau tempat-tempat lain dengan kemudahan awam. Kawasan yang dekat dengan LRT atau terminal bas selalunya padat dengan penduduk. Kenapa? Ini kerana mereka tidak perlu mengeluarkan duit lebih dengan membawa kereta sendiri. Hanya bayar yang minima sahaja (serendah RM2), mereka boleh pergi dan balik kerja dgn mudah. Tak perlu lagi fikir pasal parking kereta. 

2. Melawat Bilik Yang Bakal Disewa

-Selepas memilih beberapa bilik yang menarik perhatian anda, luangkan sedikit masa dan melihat sendiri bilik dan rumah yang anda pilih. Hubungi tuan rumah atau pengiklan itu dan tetapkan masa dan hari untuk melihat sendiri keadaan bilik atau rumah. Biar anda berhabis masa awal ini daripada menyesal dikemudian hari.

3. Faham Segala Peraturan Yang Ditetapkan

- Tanya, tanya dan tanya lagi. Tuan rumah akan tetapkan beberapa peraturan kepada penyewa bilik atau rumah beliau. Antara yang famous, dilarang merokok, dilarang membela haiwan peliharaan dan larangan-larangan lain. Jadi, sebelum anda bersetuju untuk menyewa bilik atau rumah tersebut, pastikan anda bersetuju dulu dengan syarat yang ditetapkan.

4. Lihat Kawasan Sekeliling

- Lebih lebih lagi jika anda memandu kereta sendiri dan berniat nak parking kereta di kawasan rumah. Lihat dulu sama ada kawasan tersebut selamat untuk harta benda anda atau tidak. Anda mahu tidur lena setiap malam, jikalau di kawasan hitam atau yg panas dengan aktiviti jenayah, pasti anda tidak mampu tidur dengan lena.

5. Cash

- Sekiranya semua yang diatas anda telah kaji, dan anda telah jatuh hati dengan rumah tersebut, boleh la meneruskan niat anda untuk mencari tempat berteduh. Berikan sewa bulanan dan deposit seperti yang diminta tuan rumah. Pastikan anda sudah sign agreement sewaan rumah dan juga mendapat kunci setelah membayar. Selain menjaga harta benda tuan rumah,anda juga perlu jaga dari duit anda ditipu.



Itu dia sedikit sebanyak tips yang boleh saya kongsi untuk anda yang mencari bilik sewa. Semoga ia membantu anda ataupun rakan-rakan anda.

Tetapi jika anda mencari bilik sewa di kawasan senawang, anda tidak perlu cari lebih jauh lagi, saya sedia membantu. Sila baca post ini :)